27 September 2011

Ini lah Salah Satu Sarang Maksiat dan Jenayah

Salam... Terbaca hari ini di surat khabar tentang seorang gadis yang teraniaya selepas disuruh menjadi GRO di kelab malam. Pada mulanya hanya menyanyi kemudian dikurung kerana enggan menjadi GRO untuk melayan pelanggan di sebuah kelab malam. apa yang Lanun nak cerita disini bukanlah mengenai gadis ini, tetapi adalah isu pokok dalam kejadian ni.

Apa pendapat korang tentang Kelab Malam atau Club Night atau Pub? Bagi Lanun ia merupakan sarang maksiat dan jenayah. Ya, ia merupakan bermulanya pelbagai maksiat dan jenayah. Antaranya ialah :
  1. Pergaulan bebas
  2. Zina
  3. Minuman keras (ibu maksiat)
  4. Pelacuran
  5. Pengambilan dan Penjualan Dadah @ Pil Khayal
  6. Pemerdagangan orang
  7. Gengsterisme
Kenapa ia terjadi? Mana tak nya.. dah la gelap, terlindung dari pandangan orang, bising, di kendalikan oleh orang yang hanya mementingkan keuntungan, dan kadang kadang ia dikendali oleh orang yang memang kepala maksiat seperti ketua gengster atau bapak ayam.

Sekiranya kelab malam bertambah dan tidak dibendung maka bertambah biaklah maksiat dan jenayah kat Malaysia ni. Sampai tu lah tak selesai jenayah jenayah ni, kerana kelab malam adalah salah satu sarangnya. Hiburan di kelab malam yang bukan saja tertutup memang akan membuka jenayah dan maksiat di atas.
Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: