20 September 2011

Harapan Lanun buat Penerbit Filem dan Penulis Skrip

Salam...
Lanun betul betul kecewa dengan apa yang terjadi baru baru ini apa bila skrip filem hantu bonceng mengandungi perkataan yang menghina Rasulullah. Filem Hantu Bonceng ni Lanun tak berapa berkenan sebenarnya kerana ada adegan yang bermain main dengan hal hal agama. Saudara Zizan telah pun memohon maaf dan Lanun yakin apa yang terjadi atas kekurangan ilmu. 

Apa yang terjadi, harap Zizan, Lanun dan semua orang berlapang dada dan ambil pengajaran. Bukanlah nak kata Lanun ni banyak ilmu, tapi Lanun pun mungkin terjadi sedemikian kerana tahulah mulut ni kadang kadang kita banyak sangat cakap dan melawak lain jadinya.

Lanun juga nyatakan harapan di sini pada semua Penerbit dan Penulis Skrip di Malaysia tak kira apa agama mereka marilah sama sama kita mengutamakan isi yang akan memberi faedah kepada penonton. Dan juga berhati hati dengan apa yang hendak dipaparkan kepada rakyat semua.

Memang niat jujur dengan hati yang suci dan ikhlas tetapi apa yang dipaparkan sekiranya melanggar syarak ianya takkan membawa pahala bahkan akan mengundang dosa dan murka Allah SWT.

Allah MEMANDANG pakaian dan rupa paras seseorang bukan tak pandang k. Yang Allah tak pandang cantik atau tak, baru atau lama dan kemas atau tak.. Tetapi sekiranya mendedah aurat, ketat, sendat dan muka pula bertindik, bertatu serta bercukur bulu kening memang lah Allah pandang dengan murka. Tak kira lah hatinya suci ke apa.

Kalau ada isi yang salah tegurlah Lanun :)
Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: