19 September 2010

Penyamun terlena ditahan bersama hasil rompakan : Tupai jatuh juga ke tanah...dah kata dah...

Salam..

Macam macam la perangai penjenayah ni, dari yang sekejam kejam macam kes datuk Sosilawati hinggalah ke tahap tak cerdik macam kes yang berlaku ni Penang GeorgeTown baru baru ni. Seorang penyamun yang tertidur selepas penat menggeledah barang barang di rumah mangsa. Memang sangat tak cerdik.

" Ditahan kira-kira jam 4 petang ketika cuba melarikan diri selepas tertidur di atas sofa di dalam bilik anak pensyarah berkenaan setelah menggeledah rumah itu. Setelah melakukan pemeriksaan di dalam rumah, isteri pensyarah berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang tidur di atas sofa di dalam bilik anaknya. Selepas diberitahu oleh isterinya, pensyarah berkenaan menghubungi polis.

Dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda yang kebetulan meronda di kawasan berkenaan, segera ke rumah mangsa. Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis, cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan kira-kira-kira 50 meter dari rumah itu. "


Berita Asal : Penyamun terlena ditahan bersama hasil rompakan (bharian online)

jangan bergerak.. bagi duit.. bagi duit!!! (perompak yang tak cerdik)

Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: