01 September 2010

Heret segera Namewee ke mahkamah ??? Pengetua Yang Rasis tu Tak Nak Heret Sekali?

Salam...
Lanun baca berita pasal desakan sesetengah pihak untuk heret namewee atau nama betulnya Wee Meng Chee ke mahkamah kerana telah menyemarakkan api perkauman. Pihak ni juga telah mendesak supaya si Namewee di heret secepat mungkin ke sana. terdapat juga pelbagai cadangan untuk menghukum Namewee.

Lanun tak mahu masuk campur pasal hukuman hukuman ini, tapi Lanun terfikir. Kenapa Namewee bertindak sedimikian? Kenapa? Ini adalah kerana ada individu yang bertindak racist / rasis pada rakyat Malaysia. betul tak? Kalau orang kata Namewee tak patriotik? dan Rasis? apa pula status pengetua yang kecoh hari tu? dia juga rasis dan kenyataan juga tak patriotik? Dia tak diheret?

Bagaimana pula dengan Ibrahim Ali? Datuk Datuk Ahmad Ismail? Datuk Nasir safar? ingat lagi kan kisah kisah dan kenyataan panas mereka? mereka juga menyemarakkan api perkauman dan boleh juga dikatakan tidak patriotik. Ada double standard kah? mereka ada pangkat kot. Taknak heret sekali? jangan hanya nampak seorang pesalah!


Sebenarnya inilah yang diperhatikan oleh bangsa lain wahai rakyat Malaysia.. Jangan ada ketidak adilan, jangan salah langkah dalam memberi hukuman. 

Lanun bukan kata Namewee tak salah, dia tetap salah kerana menggunakan kata kata lucah yang teruk dan menambah teruk keadaan. Semua tu adalah sangat menyalahi undang undang negara. Lanun pun benci dengan video tu dan tentang habis habisan penggunaan ayat ayat dan gambar dalam video nah fuck racism tersebut.

Tapi cuba kita cari akar puncanya..dan point point itulah yang kita kena fikir fikirkan..
Sekian.. sekadar pendapat Lanun. 
Blog Widget by LinkWithin

6 komen disini yer..:

hcvvorld of Travels, Lifestyle and Photography said...

ala biasa ler video dia..selalu stail dia..suka masuk kata2 kesat..tapi stail dia ialah stail chinese educated punya..hehe..i'm not his fan but his video sometimes make sense..masuk akal jugak lahtuh..haha

2 minggu lagi ke Hari Raya..countdown!

Amir Izzat said...

hurm..susah nie..pengetua tue ok lg.. yg namewee nie teruk.. ada f***..dan hina umat ISlam yg berpuasa...

walaubagaimanapun,terserah kpd pihak berkuasa..tersalah memberi hukuman.. di akhirat..pasti dihitung...

p/s:macam2 hal lah

kyle said...

betol ckp lanun......biarlah hukuman tue adil gak.....semua kene heret sekali, baru lah adil.....sebagai pengetua mengeluarkan bende2 camtue, lg teruk....sepintas lalu meracunkan minda anak2 kita..... hampeh....

Anonymous said...

aku setuju ngan double standard tuh.

LaNuNsepet said...

to of travel :
dier mmg ade pint.. tp terlalu emosional.

to amir izzat
namewee ttp salah juga.

to kyle :
tu la pasal.. something must be done

to faizan :
he3..kdg double tu mmg wujud.
tu yg jadi lagi bakar isu racist tu.

Anonymous said...

ada benar juga kata nameewee tu. dia bukan buat video klip rasis tapi tindak balas dari perbuatan salah orang yang mencetuskan.
yang sepatutnya dikenakan tindakan kerana rasis adalah individu pencetus. nameewee boleh didakwa hanya atas sebab memalukan individu itu sahaja. itu pun kalau individu tu nak saman. Q gunakan 'individu' sahaja sebab jawatan dia terlalu keramat untuk buat salah begitu.