23 August 2010

Merdeka : Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1970 - 2010

Salam..
Seperti yang kita semua tahu kita sekarang dalam bulan kemerdekaan. 31 Ogos 1957 dimana negara Malaysia kita telah dibebaskan dari pemerintahan Ma. Bermula dari itu pemerintahan telah diserahkan kepada orang Malaysia sendiri untuk memandu negara ke arah kemajuan dan belenggu kemiskinan. 

Sempena dengan bulan kemerdekaan ini Lanun bawakan senarai tema hari merdeka atau hari kebangsaan Malaysia sejak dari 1970 hingga 2010 kini. untuk sebelum 1970 Lanun pun tak pasti kerana apa tak ada tema, mungkin masa tu tak terfikir lagi untuk mengadakan tema atau sebagainya.

Ok, jom kita teliti tema kemerdekaan Malaysia dulu dan sekarang :

TAHUN
TEMA
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010
1Malaysia Menjana Tranformasi
Blog Widget by LinkWithin

6 komen disini yer..:

mizzura said...

sebenarnya saya baru tahu 2010 nye...malu plak..

zulkbo said...

salam..
"1971|Masyarakat Progresif"
saya baru di lahirkan..apakah
maksud sebenarnya ye?

Anonymous said...

salam.
aku tahun 1986, Bangsa Tegas Negara Teguh..

baru tau eh yg tahun 2010..mcm xda kecoh2 kat tv pon

Ct DJa said...

tiba2 nyanyi

"negara kita! tanggungjawab kita!"
erkk! -_-"

mase kecik2,lagu merdeka sume hafal.
tiap2 tema. da besar nie, mampu dengar n ikut2 camtu je la. rindunye zaman kecik2. nyanyi depan tv, kuat2. fuhhh ;D

Yot | is | Yati said...

nasionalisme.
padan lah aku berkenan dengan lisme lisme ni.taun lahir rupanya. hahahah
good job bro. i nk copy kat blog.nnt kredit.

Anonymous said...

Selamat Hari Kebangsaan, esok kita akan meraikannya.
Tahniah Malaysia, Tahniah semua!
Selamat berpuasa juga..

FS SK Kuala Nerang, Kedah
http://skkualanerang.wordpress.com/