04 April 2010

Perkembangan Isu Hukuman Model Minum Arak : Kartika Kini Jalani Khidmat Masyarakat...

Seperti yang kita tahu Kartika Sari Dewi Shukarnor sekarang menjalani hukuman khidmat masyarakat kat Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah Kuantan [video]. Mendengar titah duli Sultan Pahang Lanun seperti kurang setuju dengan titah tuanku. Bukan derhaka, tapi sekadar pendapat bagi diri yang kurang ilmu ini. Hukuman sebat yang dikenakan amatlah ringan dan mempunyai falsafah yang dalam dan memberi kesan yang positif, tapi kenapa perlu ditukar ke khidmat masyarakat?

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pun turut kurang bersetuju dengan penukaran hukuman tersebut. Ikuti berita penuh mengenai pendirian PPMM dalam isu kartika ini [PPMM bantah] Lanun menyeru semua membaca berita ni sebab mmg penting, kerana melibatkan hukuman Hudud yang ramai dah salah paham.

kartika di kuantan 
TG Hadi Awang :
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.






* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: