30 April 2010

1 Mei Hari Hargai Pekerja..... Adakah Korang Blogger Dan Juga Pekerja Yang Berhemah ??

4 komen disini yer..
selamat hari pekerja....Blogger ade cuti ka?
Salam..
1 Mei ni semua yang bekerja akan dapat public holiday sempena Hari Pekerja, semua akan cuti, pakcik makcik kakak abang yang bekerja semua cuti. Ada yang tak cuti ker? mesti ada punyer, ayahanda Lanun dari dulu kerja takdak cuti pun hari pekerja nih sebab dia cuti ikut suka hati dier he3. Selalunya, Government and kebanyakan kompeni swasta mesti kasi cuti untuk korang bercuti kan. Tapi kali ni 1 Mei jatuh hari Sabtu, so memang dah cuti lar kan.

Ramai ker Blogger yang merangkap Pekerja ek? Mesti ade kan, sebab ada Lanun perasan sesetengah tu blogwalking dari ofis dieorg. So sempena menyambut hari pekerja nanti Lanun ada sket soalan untuk korang tenung n renung. Jawab dalam hati pun takper he3 :-p

1. Macam mana kerja korang sekarang, suka tak?
2. Braper kali korang balik lewat siapkan kerja?
3. Selalu tak kena marah ngan boss?
4. Blogging waktu kerja/kat ofis? atau balik kerja baru blogging?
5. Brape kali ngulau dah? he3
6. Puas hati tak kerja sekarang?
7. Adakah kerja sekarang ni memang cita cita korang?
8. Kerja and family? mana korang lebih teruja?

Berjaga Lewat Malam... Apa Rahsia Korang??

12 komen disini yer..
Salam...

Ramai para para sakura blogger yang berjaga lewat malam, ape ek rahsia korang boleh berjaga hingga lewat malam cenggini?? Amalkan produk ape? Ape, Siape, n Kenape leh stay up? Lanun nyer alasan stay up senang jer, mengadap internet jer dah cukup untuk Lanun duduk berjam jam depan notebook sampai nak kul 4 dah ni ha3 series. Korang ngadap lama-lama ni sebab ade kerja ker ek? atau takda kerja ker, ada kerja ke, pun memang korang dok jaga sampai malam buta?

Tips berjaga lewat malam :
1. Minum kopi kaw2.. Lanun suggest mai secawan...
2. Bukak lagu rancak n kuat kuat. (mungkin anda akan cedera diserang dgn objek keras)
3. Jangan mengadap laptop/blogging atas tilam. (cari nahas)
4. Kunyah kunyah dan kunyah lah ape2 yang boleh dikunyah.
5. Minum Longjack Org Kg, Redbull ha3.. (tapi ni tak baik sebenarnya)
6. Pasang lampu terang benderang (bagi hantu tak datang hasut korang)
7. Fikrkan kerja yang berlambak kalu tak siap anda yang "siap"!!
8. Elak makan kenyang sangat.
9. Ajak orang teman korang bersembang. (kat tingkap ade sorang)
10. Tampar pipi sendiri biler terfikir pasal bantal atau tilam. (kuat la sket...)

Dah la kot.. entah leh gune ke tak tips Lanun nih he3. Hmm..berjaga malam lewat lewat ni kompem buat peroot jadi lapar, nak tidur terus ker? tak mau ah tido dalam keadaan lapar nih, terseksa wei owh.... jadi kiter g sebat Roti Kaya + Milo Tarik dulu kat kedai mamak depan nie. Bismillah...

balik makan terus wat post nih... tq rotikaya.. Blurrppp...

29 April 2010

Pengalaman Bestnyer Bercuti Di Paris.....

9 komen disini yer..
Lanun n the Geng, kenangan bercuti di paris..

Salam...
28hb April semalam merupakan hari "April Fool" beramai ramai bagi Lanun and Geng Lanun. Rasa gembira yang memuncak tu sekelip mata di telan dengan berita buruk yang mengcekik. Rasa nak menjerit dan meletup!! pun ada. Pas semalam, topik tu jadi bualan semua orang sampai naik sakit hati dah. Harap semua ada hikmah.. Perancangan semua sekarang dah out of scheduled. Bukan Lanun jar tapi semua orang. Apakan daya tetap kena patuh jugak. Semoga ada hikmah yang besar..disebalik dugaan ni. TQ to Milofloat for the edited picture.

Koleksi Video Audio Terbaru : Soal Jawab & Ceramah Terbaru Ustaz Azhar Idrus Di Youtube...

47 komen disini yer..
Salam..
Lanun nak kongsi satu saluran ilmiah yang semakin popular iaitu koleksi video online ceramah Ustaz Azhar Idrus. Semua kenal dia kan? Gaya nya yang bersahaja dan kelakar selalu buat kite tak jemu follow video ceramah beliau. Ustaz Azhar ni Ulamak dari Negeri Terengganu yang cukup terkenal sebagai penceramah bebas dan jugak seorang photographer sebagai hobinya. Tak caya kan? Ustaz azhar ni siap ada website khas untuk hobi dier nih.

Dibawah ni Lanun bagi link bagi channel Youtube koleksi ceramah beliau terbaru dan yang lama lama. Korang leh ikuti ulasan Ustaz Azhar kepada pelbagai soalan soalan yang macam pelik tapi penting.

Dari Youtube :

1. http://www.youtube.com/user/ustazazhartube (latest)
2. http://www.youtube.com/user/rafayel#p/u
3. http://www.youtube.com/user/suehanna#g/c/F5232EFEFF689532
4. http://www.youtube.com/user/babunke7
5. http://www.youtube.com/user/laguuntukmu

Dari Website

1. http://siputonline.blogspot.com/
2. http://www.ustazazhar.com/v1/

**credit to all channel provider

28 April 2010

Perkembangan Kes Polis Tembak Mati Remaja : Siasatan Untuk Kes Aminulrasyid Amzah Dah Dijalankan....

4 komen disini yer..
Sedikit perkembangan mengenai kes tembak mati remaja 16tahun yang menimbul kekecohan. Bermula petang ni siasatan kes adik Aminulrasyid Amzah akan dijalankan. Bermula dengan Polis menyoal saksi kejadian pada hari tersebut. Saksi ni adalah kawan beliau yang berada bersama mangsa. Menemani saksi adalah Peguam Gobind Singh Deo anak kepada Karpal Singh. Saksi akan diiringi beliau untuk sesi beri keterangan. Harap semua berjalan lancar.

27 April 2010

Aminulrasyid Di Tembak Mati.... Jenayah Atau Teraniaya???

5 komen disini yer..
Aminulrasyid

Salam..
Berita yang hangat 2,3 hari ni pasal seorang remaja 16 tahun Aminulrasyid yang ditembak mati oleh pihak Polis. Terbaru perkembangan berkaitan kes ni, rayuan ibu nya supaya akhbar tak lagi melaporkan yang bukan bukan mengenai anak beliau. Beliau yakin yang anaknya tak terlibat dengan jenayah samun seperti yang dilaporkan akhbar. Esok kes ni akan dibawa kepada kabinet.
Norsiah, 61, berkata beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.
Selain tu, Kakak mangsa juga percaya yang adiknya Aminulrasyid langsung tidak terlibat dengan kes jenayah. Kakak nye pendapat yang mangsa hanya terkejut dan panik bila ditahan polis. Kakaknya jugak nafi ada parang seperti yang dilaporkan oleh Polis.

Lanun harap, siasatan di jalankan penuh telus dan pantas, alhamdulillah aktivis peguam telah sukarela menjadi peguam bela keluarga mangsa, dan kes ni jugak dah nak dibawa ke kabinet. Semoga kebenaran dapat di dibongkarkan, dan apa sahaja keputusan harap semua pihak nanti terima. Harap tiada lagi spekulasi dari mana mana pihak. 

Alfatihah untuk adik Aminulrasyid.. [berita penuh]

Tentera Merah Yang Diperalatkan Menjadi Tentera Bodoh, & Besok Paper Terakhir... Lanun Cuma Ada Masa Kurang 24 Jam Je Ni.....

4 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah.. selesai jamuan semalam.. seronok dapat sama sama dengan semua kawan kawan satu kelas sebelum pasni semua pergi bawak diri masing masing. Lanun pulak? tak bawa diri jauh pun, just kat sini jugak, Melaka tengah he3.

Esok pulak paper terakhir, subjek pneumatik industri. beban terakhir yang Lanun dok gendong. Masalahnya sekarang 1 ape Lanun tak study lagi. Masa pulak kurang dari 24jam ja yang Lanun ada. Leh ker nak cover semua topic ni? Soalan bocor takda... Tips tu ada la sikit... Adakah Toyol akan diperlukan besok? jangan... no cheating no cheating ek.. he3.

Lanun nak sentuh sket isu, tentera merah di thailand yang dok berdemo tu. Mereka ni semua penyokong thaksin PM thailand yang dulu, dia bukan baik sgt pun dah la rasuah, amal kronisme, and of course kaya and dia memang byk pengaruh. Pasukan bola sepak antarabangsa pun dia beli punya kaya. Sekarang ni thailand kucar kacir, ekonomi jadi tambah lumpuh, transpot awam jadi tak boleh nak gerak, darurat, orang tak boleh pergi kerja sebab tiap tipa hari tentera merah ni betempur dengan tentera kerajaan. orang yang mereka perjuangkan thaksin. tapi mana thaksin? thaksin seronok gelak2, happy2, enjoy kat negara lain, penyokong dia yang menderita sebab perjuangkan si thaksin tu. Apa dieorg dapat? dapat letih, cedera, mati pun ada. Rugi rugi dan rugi.. terlampau taksub ni lah jadinya. 

Ok thats all nak g study..tik tok..tik tok.. (perjuangkan orang yg menegak kebajikan dan keadilan!!)

penyokong thaksin serang tentera kerajaan n rampas senjata dieorg. 
tiap tiap hari dieorg dok bertempur, apa dapat??


26 April 2010

Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT Untuk Peringkat Sijil Hinggalah Ke PHD...

2 komen disini yer..
Salam...
Tadi Lanun macam biasa tengok website mohe.gov untuk cari maklumat terbaru. Hari ni bu jumpa maklumat berkaitan dengan pembiayaan bantuan kewangan untuk warga istimewa iaitu OKU. Pastinya ini jadi satu peluang untuk golongan istimewa OKU untuk menyambung pelajaran. Anda OKU juga berpeluang unutuk dapat hak yang sama dan kecapi kejayaan. Jadi hopefully maklumat ni membantu semua. Sebar-sebarkan.


SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN
Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja.

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
Diploma - 3 tahun
Sarjana Muda - 4 tahun
Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
Sarjana - 2 tahun
Ph.D - 4 tahun

Untuk lebih lanjut dan terperinci sila [KLIK SINI]

25 April 2010

Antara Blog Panadol Dan Panadol.....Mana Bahaya?

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun rasa ramai yang kenal Panadol. Blogger yang bernama Panadol yang selalu terkenal dengan contest overdose, bukan dier yang overdose k he3 Jangan mare yer panadol, gurau jer. Lanun pun agak selalu jugak g ker blog dier nak amik dose trafik dan bersedekah ha3 sebab Lanun dah bookmark blog dier kat chrome nih. So Cik Panadol, jangan lupa juga yer bersedekah pada Lanun nih. he3

Actually nak citer pasal Panadol (Paracetamol). Panadol bahan dia adalah paracetamol. Bahan ini memang ada kontroversinya kerana boleh bagi side efek pada tubuh kita lebih2 lagi pada hati. Lanun rasa semua dah pernah baca pasal artikel side efek dier. Kalu saper yang tak pernah baca lagi leh sepenuhnya di bawah sekali nanti k.

Lanun ni warisi migrain dari Bonda Lanun. Alhamdulillah hanya migrain ringan tak seberat apa yang bonda Lanun alami. Pada yang alami sakit kepala mesti rajin ambil pain killer, ponstan, dan panadol nih, sebab dulu Lanun dulu pun macam tu. Lanun nak anda beralih lah pada herba yang tidak mepunyai side effect. Lanun pun dah beralih pada produk ni demi menjaga masa depan Lanun. Lanun taknak hati Lanun rosak nanti,
jadi Lanun start amik produk ni :

24 April 2010

Lanun Harap Kita Jangalah Percaya Pada Apa Yang Sejarah Telah Semai Dalam Pemikiran Kita...

2 komen disini yer..
Salam...

Kecoh hari ni pasal kenyataan TG Nik Aziz mengenai politik dan Islam. Pihak sebelah sana telah membuat laporan polis mengenai kenyataan TGNA ni, mereka mengatakan tindakan TGNA berbahaya, tidak benar, menghina sultan, Betul ke ni wei?

Lanun dengar kenyataan TGNA balik. Apa yang dikatakan TGNA adalah benar dan tepat. Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Begitu juga dengan masjid. Masjid sepatutnya menjadi one stop centre bagi semua hal yang membawa kepada kearah kebaikan terutama politik (tapi dengan menjaga adab dan kesucian masjid). 

Islam adalah syumul, sehinggakan nak buang air, hubungan kelamin suami isteri pun Islam nyatakan bagaimana cara yang betul dan tidak melanggari adab serta norma fitrah manusia. Inikan pula politik. Politik adalah satu cabang Islam. Islam menguasai 3/4 dunia dahulu adalah kerana politik. Nabi Muhammad SAW pula adalah merangkap perdana menteri, menteri kewangan, panglima perang dan sebagainya semasa masa hidupnya. Ini menunjukan Islam ini benar benar syumul.

Janganlah lagi terpengaruh dengan dakyah barat yang dulu menjajah kita. Barat dahulu pisahkan kita dengan agama Islam. Sultan dipisahkan dari pentadbiran dan menggantikannya dengan sistem Residen. Barat berjaya membuatkan kita dahulu berfikir Islam hanyalah Solat, Puasa, Zakat dan paling tinggi adalah Haji. Sesungguhnya Islam bukan tu sahaja. Cuma sekarang politik itu dianggap kotor kerana segolongan pihak dah kotorkanya. Sucikan lah politik itu dengan letakkan ia dibawah Islam, Islam adalah politik yang terbaik, penyelesaian segala masalah. Keadilan untuk semua, Islam mampu bagi keadilan pada semua.

Jangan mudah percaya dengan berita sekarang yang banyak menabur fitnah. Sekian ~

Nak Tengok Video TGNA?

Lanun : Degree Nak Tamat... UTeM Kata Pergi... Kerja Kata Mari..

2 komen disini yer..
Salam...
Baru balik dari luar he3, tak tau nak update per, jadi Lanun nak membebel sorang-sorang, dengar k. Tak lama lagi tamatlah perguruan Lanun kat UTeM ni..memanglah sesangat tak lama nyer sebab hanya ada 4 hari jer lagi. Tamat jer paper terakhir hari rabu ni Lanun akan melangkah keluar dari dunia mahasiswa ke alam kerjaya. InsyaAllah 3hb Mei Lanun start kejer, tak jauh pun dengan rumah sewa Lanun ni. Agaknya macam mane kehidupan baru Lanun tu nanti?


Dulu-dulu Lanun budget nak dapat keje jauh-jauh, maksud Lanun negeri yang Lanun tak pernah duduk lagi. Sebab Lanun suka merantau pergi tempat baru, cari pengalaman, tambah ilmu, matangkan diri, berdikari, dan jumpa kawan kawan baru. tapi dah rezeki kat Melaka Tengah he3 ni jugak, takperlah.. syukur Alhamdulillah dah ada kerja.

Dah kerja, simpan duit banyak-banyak ~... pastu??

"Allah Maha Esa takdirkan ku berdiri di sini sekali lagi meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Nya yang mencari hidup yang bahagia "disini dan disana" di bawah redhaNya..."

23 April 2010

Berita Buruk Buat Kaki Kaki Blogger, Kaki Facebook Dan Kaki Internet...

19 komen disini yer..

Salam...
Hu3.. Mari mari Lanun nak gtau satu berita yang tak best didengar oleh kaki kaki blogger, kaki internet dan kaki facebook, berita ni memang berita buruk bagi  Lanun jugak sebagai seorang part time blogger he3. Mungkin korang dah baca tapi pada mana yang tak baca lagi, silakan baca dan persiapkan lah diri anda menempuh episod duka ni he3.
Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat (SMW4). "Konsortium berkenaan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan di tapak pada Sabtu, 24 April, 2010 (besok) dan dijangka siap pada Ahad, 2 Mei,(dekat seminggu) 2010," demikian menurut TM dalam satu kenyataan. Semasa proses berkenaan, akan terdapat gangguan kepada trafik ke Eropah dan AS yang dibawa melalui kabel berkenaan.
Menurut TM, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet di seluruh negara mungkin mengalami beberapa gangguan seperti perayauan yang perlahan semasa mengakses laman web antarabangsa. [Berita Penuh]
Lanunsepet : Hmm.. harap harap jangan la slow sangat...TM kate dier ade tambah laluan rangkaian tambahan untuk backup talian internet..Jadi Lanun harap ia membantu. (ade sape-sape nak jerit? he3)

Alhamdulilllah.... Selesai Satu Lagi Paper.. One More To Go Mr. Din Dong...

2 komen disini yer..
ho3... sem ni berat beban nyer...
Salam...
Lanun baru jar balik dari kompleks sukan UTeM, tempat berlansung paper Teknologi Keusahawanan yang Lanun dok citer sebelum ni. Alhamdulillah semua nya lancar, jawab pun sampai tangan naik krem hu3, dan tepat tepat masa tamat Lanun pun selesai menjawab semua soalan yang dia bagi (right timing!!) he3.

Alhamdulillah, tenkiu pada semua yang doakan Lanun, terutamanya Mummy, Daddy, he3..(rekaan semata mata, kalu panggil depan2 mau kene sekeh!) adik bradik, Coklatungu, kawan kawan bloggers... uihhh macam menang anugerah la pulak kan ha3. Takper, Lanun ngah happy ni selesai satu lagi beban yang digendong sepanjang sem ni. Pasni tinggal lagi 1 paper jer. Pneumatic Industry.


22 April 2010

Pada Semua Blogger... Mari Mari.. Lanun Nak Tanya ni... Betul Ke?

20 komen disini yer..
Salam..

Thanx :-) datang singgah melanun hari ni, Lanun nak tanya sket pada korang semua yang ngah baca artikel ni, Betul ker blog lanunsepet ni LAMBAT nak loading? Ada betui ka? Sebab hari ni Lanun dpt mesej kat chatbox dari Snow white kawan blog Lanun, die kate

"eh2...nape ek blog koberat sngat nk loding.. berat ngan harta karun tak...heheh".

Betul ke kawan kawan blog ni slow loading nyer? Harap korang leh bagi feedback kat ruang komen, jadi Lanun leh lar buat ape ape yang patut untuk baiki kelemahan Lanun. Thanx to kawan Lanun Snow white and korang semua sebab selalu datang melanun kat sini :-). 

aku tak kate pown...en kura2 oi...

Study & Study.... Nota Dah Salin... Hafal nya Bila Lanun??

13 komen disini yer..
Salam..

Semua bebaik hari ni ke? Banyak dah blogwalking? Komen k artikel ni he3. Hmm..Kira kira tinggal satu hari lebih kurang je untuk Lanun menelaah subjek Technopreneurship ni. Hari ni alhamdulillah banyak sket study dari semalam, nota pun banyak dah salin, cuma hafalnya belum hu3, esoklah kot hafal kan and study kira kira pulak.

Sebut pasal hafal hafal nota ni. Cara korang hafal nota ni macam mana? Lanun selalunya lebih prefer buat soal jawab dengan kawan kawan, cara tu lagi cepat n mudah kita nak hafal. Bawah ni Lanun nyatakan beberapa cara nak hafal yang Lanun tahu :
  1. Tulis banyak banyak kali sampai hafal (kalau korang banyak masa ler).
  2. Buat bacaan tu berulang kali sampai hafal. (baca, hayati dan fahami)
  3. Buat singkatan and guna keyword yang kelakar atau yang mudah nak ingat (jangan guna yang merepek k) contoh : Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia = RIMBA.
  4. Soal jawab dengan kawan kawan korang, seronok and mudah paham. (jangan sembang benda lagho..)
  5. Ajar kawan kawan apa yang korang tahu, yang baru korang baru baca sebab mengajar orang buat kita akan lebih faham.
  6. Selain tu, ada yang wat irama, bergambar, peta minda, macam macamalah ikutlah suka hati korang k.
my study style... he3

21 April 2010

Hebat Benar Ciptaan Allah.. Kilat Dalam Debu Gunung Berapi?? Bagaimana Terjadi Tu??

13 komen disini yer..
cantik dan bahaya.... debu yang buat banyak flight terkandas 3 minggu

Subhanallah, ingatkan nak hujan baru ada kilat, rupenyer dalam debu dan asap gunung berapi yang meletus baru baru ini Iceland pun ada kilat. Macam kita dengar dalam berita sekarang dah masuk 3 minggu Flight tertangguh untuk ke Eropah dan keluar dari Eropah. Ini adalah gara gara debu yang tebal selubungi pemandangan. debu ni boleh merosakkan enjin kapal terbang tu yang bahaya tu. Ia menyebabkan traffic jam udara terbesar dalam sejarah selepas 11september tragedy.

Lanun bukan nak citer pasal tu, tapi nak citer bagaimana proses menarik ni leh berlaku. Macammane kilat boleh terhasil didalam debu debu yang bergerak keluar dari gunung berapi tu. Gambar atas bertarikh 17 april aritu di Iceland's Eyjafjallajokull volcano, bukan dirakam secara nasib tapi sememangnya setiap kali keluarnya debu gunung berapi, kewujudan kilat ini ada beserta dengan pergerakan keluar debu. 

Subhanallah... Jom terus baca kalau nak tahu lagi macam mana kilat ni terbentuk...

20 April 2010

Technopreneurship.... Why Go Global ?? Malas nyar nak study...

10 komen disini yer..
Salam..

Jumaat ni paper final exam Technopreneurship. Em..masih tak study lagi,dalam malas tu ada lar sket2 he3. Nota ada jar sebelah ni tapi mood nak start study takda lagi nampak kelibatnya. Jadi Lanun amik keputusan update blog lah. Nak citer pasal subjek yang Lanun amik Technopreneurship ni. Korang tau tak aper technopreneur ni? entrepreneurship is the practice of consistently converting good ideas into profitable commercial. ventures. jadi technopreneurship adalah menggunakan teknologi sebagai satu asas dan kaedah untuk membuat sesuatu yang bernilai komersil.

Ok lar.. takleh jadi ni.. yang lain semua study.. kang jauh lak Lanun tertinggal.

Why "Blogging" he3

19 April 2010

20 Amalan Murah Rezeki ; Berusaha Doa Tawakal Berjaya....

4 komen disini yer..
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. 
As Shura 27

Kepada yang dalam minggu exam macam Lanun, goodluck!! , Do the best, Your The Best. To Chekzu and CoklatUngu semoga Allah mudah kan urusan kalian :-) dalam study. Yakinlah Dengan Rezeki Dari Allah... Allah Maha Tahu Apa Yang Terbaik Buat Hambanya..

Untuk 20 Amalan Murah Rezeki teruskan membaca....

3 Penterjemah Pelbagai Bahasa Online Yang Popular..... Kamus Online, Online Translator, Free Of Charge...

21 komen disini yer..
Salam..

Salam 1 akidah buat semua pembaca Lanunsepet. Kali ni Lanun akan sharekan satu tools yang Lanun biasa gunakan untuk terjemah atau translate perkataan dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu atau sebaliknya. Sepanjang pengetahuan Lanun, ada 2 website yang Lanun biasa gune untuk translation ayat dan perkataan. Korang boleh check key dawt dua website ni.


18 April 2010

If I am Ip Man master, I would …

14 komen disini yer..
Salam...

Post kali ni special sedikit dari yang sebelum ni, kali ni Lanun wat post special sempena dengan tayangan perdana Ip Man 2. Lanun dah tengok yang pertama jadi memang puas hati. Ip Man yang pertama layak dikatakan "the best kung fu movie ever" !!. Tak tengok lagi yang pertama? Rugi.. jadi pergi dapatkan di kedai VCD terdekat. Beli Yang ORI !!!.


Untuk contest ni Lanun kena penuhkan satu slogan : "If I am Ip Man master, I would …"
Dalam melayunyer "Jika aku adalah Ip Man Master, Aku akan..." hu3. Suka jawab soalan "Jika" ni sebab leh suka hati jawab ikut kehendak Lanun ha3. Harap usaha Lanun beroleh la ape2, saguhati pun jadi.

Jika Lanun adalah Ip Man Master Lanun akan... :

Ramai Lelaki Malaysia Ambil Wanita Indon Jadi Isteri?? Mengapa Lelaki Malaysia Pilih Wanita Seberang?

36 komen disini yer..
Salam..

Isu ni dah lepas dah beberapa hari lalu. Tapi baru teringat nak ulas. Mengikut satu rekod dari Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Betul la sekarang ni.. memang ada satu trend sekarang yang memilih wanita asing sebagai isteri dan kebanyakan nyer mengambil sebagai isteri kedua. Tadi Lanun baca paper pasal topik ni la dan banyak la pakar akademik buat kesimpulan kenapa pilih wanita sumatera atau indon?

antara pendapat dieorang lebih kurang begini :
  1. Cantik,seksi dan tak cerewet??
  2. Wanita Indon pandai bagi layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dari wanita malaysia??.
  3. Berani merealisasikan fantasi impian lelaki??
Dan banyak lagilah pendapat PANAS dari yang lain, ada yang setuju, ada yang bangkang, jom ikut pengalaman PANAS, dan kajian beberapa orang kat bawah ni....

17 April 2010

Model Terbaru Vios: My Dream Car... Kereta Idaman Lanun... UMW Toyota Vios New Model

8 komen disini yer..
Salam..

Terbaru di nuffnang, iklan pasal VIOS new model. Iklan ni betul bakar nafsu membeli Lanun yang sedang mengidamkan sebuah kereta sendiri. Dalam otak ni pk Vios jer. Toyota Vios memang kereta idaman Lanun sejak dulu lagi, "New Vios Desirable" dier punyer motto, maksudnya dikehendaki, keinginan, idaman. Tu lar harap satu hari nanti bila ada rezeki lebih sket, rezeki anak anak InsyaAllah Lanun akan pakai Vios ni he3. Model mana mana pun takpalah, tapi bagi Lanun yang lama nyar design lagi ok. Nak jugak merasa kereta sedap, maklumlah sekarang ni Lanun pakai Honda jar beb. Honda Civic? Bukan lar.. Honda EX5 la wei ha3.

Pasal model Vios terbaru, makeover yang dieorang tukar terbatas pada pandangan depan dan belakang, roda dan kabin trim sedangkan dalaman tidak berubah.Di kuasakan oleh 1NZ-FE 1.5-liter dengan 108 bhp dan 141Nm berpasangan dengan peningkatan yang automatik keempat-kelajuan, Terdapat sedikit kenaikan berbanding harga keter lama, bermula daripada RM1, 100 untuk lebih RM2, 000 bergantung pada jenis kete. Bawah ni harga baru, yang OTR dengan insurans: (** Credits to paultan.org for the pics and info)
  • Vios TRD Sportivo RM92,000
  • Vios G RM87,300
  • Vios E RM81,500
  • Vios J (A) RM76,090
  • Vios J (M) RM71,990 
  • Mahal kan..?? pastu tukar ape sangat pun..


Jom usyar bawah lagi ada beberapa pic lagi.... Vios terbaru...

Medan Perang Ke 2 Bermula Pukul 9 Pagi Ini....

6 komen disini yer..
Salam...

Kejap Lagi Lanun akan bertolak ke kampus untuk attend Final Exam Paper yang kedua untuk semester ni. Hari tu 14hb yang pertama dah pun selesai meninggalkan ketidak yakinan ala ala penyesalan pada jawapannyer he3 hmm... forget it lor. Guys and Girl... Korang semua doakan Lanun k, semoga Lanun mudah menjawab, mudah paham, dan InsyaAllah dapat keputusan yang cemerlang sem ni. Tak dapat naik pointer , maintain pun jadilah kan. Sem last ni naik takkan naik banyak pun kalu ikutkan.

Ok, Lanun nak wat preparation terakhir..persiapan menuju medan kedua ha3. Hopefully, ape yang Lanun hafal and baca malam tadi keluar jap g.. Kalau tak nangis tak berlagu la jap g dalam dewan tu. Adios.. Salam...

16 April 2010

Peluang Kerja : Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2010 (K3G) Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia...

2 komen disini yer..

Salam..
Ini info terbaru Lanun nak share pada semua graduan yang bakal grad nanti. Satu event anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM/MOHE) kerjasama dengan Jobstreet iaitu Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2010 (K3G) ataupun Job Fair 2010.
Apa yang menarik event kali ni?
  1. Melibatkan banyak syarikat Local dan International
  2. Dari sektor awam ke GLC, swasta, syarikat multinasional dan konglomerat antarabangsa.
  3. Boleh forwardkan resume kepada syarikat yang anda berminat.
  4. Menurut maklumat terdapat 15000 peluang pekerjaan disana.
  5. Jangan lupa bawa resume banyak sket yer..
Bila dan Dimana?
  1. 14-16 May 2010
  2. 10pagi ~ 6 petang
  3. PWTC Kuala Lumpur
  4. Masuk Percuma.
  • Maklumat Lanjut? Tips Interview? Sila Klik Website rasmi K3G 2010
  • Untuk elak beratur pada hari tu sila ambil PAS MASUK EKSPRESS  sila register "DISINI"

Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011...Dibuka Hari Ini...

0 komen disini yer..
Salam...
Kepada yang memohon Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 boleh lah menyemak permohonan anda mulai hari ini. Dengan menggunakan salah satu dari 3 cara seperti dibawah :
  1. Online Web http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik/
  2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
  3. Panggilan telefon ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 (waktu Bekerja)

Semoga Berjaya.. Kalau berjaya Tahniah Lanun ucapkan, pada yang tidak jangan bimbang masih ada peluang lain, untuk berjaya ada banyak jalan, kejayaan anda tidak akan terbantut jika gagal pada tahap ini.

Pendaftaran : 10 Mei 2010
Rayuan : 16 April - 30 April (Online) 
Keputusan Rayuan : 24 mei 2010
Pertanyaan sila call number 03 8884 4100
credit to eputra dan beliamuda

Tips Belajar Last Minute & Kalut Dari Blog Lanunsepet Sempena Musim Final Exam......

7 komen disini yer..
Salam...

Hari ini dalam kekalutan Lanun buat persiapan hadapi minggu final exam. Bukan taknak prepare awal, cuma sebagai student keje kiter bukan study 1 benda jar, banyak lagi benda lain macam report, projek, assignment, facebook,blog n bla3 he3. Kadang kadang dah prepare awal pun jadi kelam kabut jugak. Tu sebab kiter ni seorang yang kelam kabut maksudnyer heheh. Lanun kadang gitu lar, study suke last minute, mane taknyer bila dah sudden death tu la baru timbul rase nak study n rase nak kosentret.  

Rasanya biasalah tu, korang pun same gak kan, mule tu rileks lar, bila dah dekat barulah nak study. Same jar mane mane, yang penting cara study tu betul. Lanun akan kongsikan dengan semua beberapa tips yang boleh membantu anda untuk study last minute atau time kalut:
  1. Pertama : Tekankan ape yang lecturer kata masuk final; kumpulkan tips tips dari kawan kawan supaya nampak scope tu lebih kecil, mudah kiter nak target.
  2. Kedua : Jangan study jap bab tu jap bab ni. Macam tu boleh  serabutkan otak kita. Mulakan dengan sepatutnya mula la k. Bila serabut, kita jadi kelamkabut, and silap jam kang hang pulak.
  3. Ketiga : Mulakan dengan bab yang paling kita paham dan minat. Kalu taknak study ikut turutan bab boleh study ikut yang korang minat dulu. Contohnya bab 3 lagi mudah n korang minat dari bab 2 jadi kosentret dulu bab 3 tu. Bila start dengan yang mudah pressure akan kurang, mudah lah nak masuk.
  4. Keempat : Jangan bazir masa salin lagi nota tu,masa tak cukup!. just bincang ngan kawan buat soal jawab. Dengan cara tu korang akan lebih paham, lebih mudah nak ingat. Kalu salin balik, jawabnya masa tambah la lg tak cukup. Masa tu nyawa bro ~~
  5. Kelima : Stay up setakat anda mampu, kalu paper tu pagi. Stay up lah sampai ke pagi dan terus pergi exam. Lanun pernah buat gitu. Maklumlah terdesak punya pasal. Tapi siang tu backuplah tidur sekejap. Takpun dalam pas magrib, or pukul 10-12 tu tido sekejap. sekejap k, jangan balun sampai esok pagi lak, tu jawabnya menangis lar. Balik exam, backup balik tidur tu. recharge ~~ Amaran : tak biasa jgn buat gni.
Ni la aper yang Lanun amalkan kalau dah last minit, harap membantu n nak tambah pun tak da hal. Ape ape pun doa dan usaha tu lah paling penting. Study awal adalah kunci kejayaan, last minit ni menyiksa badan dan otak sebenarnya kan, korang yang pernah alami mesti tau punye. 1 lg solat subuh tu jangan tinggal begitu jugak solat yang lain (pesanan untuk Lanun). Teringat pesanan bonda hu3.. Ok jumper lagi, salam...

15 April 2010

Medan Perang Ke 2 : "Wo Hen Mang" Bahasa Ketiga Mandarin...

6 komen disini yer..
Salam..

Harini pas rehat sakan malam tadi akibat serangan migrain, Lanun start balik persiapan untuk paper seterunya. Next Paper on Saturday Bahasa Ketiga: Mandarin. Subjek ni lagi la mencabar Lanun rase, bukan boleh paham, kena hafal. Subjek yang lain bila kita paham konsep mudahlah, tapi bahasa ni more than "the more u practice the more u get lar" .

Lanun akan cuba dulu, yang penting adalah usaha. Ukuran kejayaan adalah usaha!!! Untuk study subjek ni Lanun akan gunakan 2 senjata heheh :
  1. Modul Elementary Mandarin Course Vol 1
  2. www.nciku.com (online tools for learning chinese)

4 Penjuru : PRK Hulu Selangor 25 April Ini, Calon Calonnya Ialah....

0 komen disini yer..


Salam... PRK Hulu Selangor akan diadakan 25 April menyaksikan perlawanan 4 penjuru. 
  1. Pakatan Rakyat PKR diwakili oleh Zaid Ibrahim dan 
  2. BN oleh P Kamalanathan dari MIC (Ketua Penerangan MIC). 
  3. Selain tu, ada dua orang seorang ahli perniagaan Johan Mohd Diah (Anak jati Felda Hulu Selangor) 
  4. Sorang lagi bekas timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor VS Chandran.  
Korang leh usyar blog calon di Blog Zaid Ibrahim & Blog P Kamalanathan

Medan Perang Pertama : Perjuangan Pertama Tamat.. Lepas 1 Beban....Dua? Bakal Bermula..

4 komen disini yer..
Salam..

Petang semalam tepat 4.45 telah tamat medan perang yang pertama. Kini tentera sedang mara ke medan perang kedua bertembung dengan tentera "China" ha3. Dalam maksudnya tu. Alhamdulillah semalam selesai satu perkara, paper yang pertama, medan perang yang pertama Subjek Automation Manufacturing.

Walaupun ada soalan yang Lanun goreng jer, ada jugak yang salah, tambah pulak dengan yg tak yakin dengan jawapan yang Lanun jawab semalam, tapi Lanun tak fikir dah la pun, fikir 1 jer lega sebab dah lepas 1 beban. Pasni ade lagi 3subjek yang kena kosentret. Paling dekat berdepan dengan "Tentera China" subjek bahasa ketiga Mandarin.

Bawah ada 3 shoot Lanun amik masa nak passing kertas jawapan pada Lecturer En. Sadhiqin. Kecoh la jugak sket semalam ada 2,3 pembetulan pada kertas soalan. Ish3...terbantut konsentrasi.



14 April 2010

Semakan Panggilan Temuduga KPLI Sekolah Rendah Sabtu Ini

0 komen disini yer..
KUALA LUMPUR: Semakan panggilan temuduga program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) pengambilan Jun ini boleh dibuat mulai Sabtu ini.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya hari ini berkata, calon-calon boleh berbuat demikian dengan melayari laman web kementerian itu di www.moe.gov.my. 

Calon yang berjaya juga akan dimaklumkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), mySMS15888. - Bernama.

Virus Dari YM Attack Windows Geng Lanun....

5 komen disini yer..

Salam..
Baru- baru ni kecoh kat umah Lanun satu virus dari YM menular menyebabkan tiap tiap komputer dalam umah kene virus, PC jadi lambat, internet jadi slow, antivirus jadi disable n system restore jadi off n tak leh di on kan dah . 

Virus ni bermula dari YM sorg ahli rumah Lanun, dia dapat satu link melalui YM yang kawan die hantar seperti dalam pic kat atas. Pasal virus tu Lanun, faiz, amin n cw semua kena format. Nak restore tak leh, sebab dier disable terus aplikasi tu, kalu wat repair windows pun still ade problem. 

Virus ni actually bila sorang dah kena (dier klik link tu) virus ni akan hantar pada semua nama-nama yang ada dalam link YM orang yang kena tu. So, hati hati bila dapat link dari kawan kawan, Kalu nampak ayat pelik seperti guna BI, sedangkan member korang tu BI pun tunggang langgang, janganlah klik. Begitu jugaklah email yang korang terima. 
  1. Selalulah update Antivirus korang.
  2. Jangan terima sebarang files dari orang yang tak dikenali.

13 April 2010

ADUN Changkat Jong di Hospital Teluk Intan... Mohon semua mendoakan beliau kembali sihat...

1 komen disini yer..
Dari Blog IdhamLim :
Saya menerima SMS dari ADUN YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin (PAS) yang memaklumkan kepada saya yang dia sejak 4 hari lepas berada di Wad 20 Hospital Teluk Intan kerana kurang sihat di mana saluran kencingnya dijangkiti kuman dan prostat.
Marilah kita doakan semoga YB. Anuar cepat sembuh dan boleh berkhidmat untuk kawasan Changkat Jong , disamping Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepadanya dan sisi keluarga dalam menempuh ujian ini.
YB Changkat Jong

Lanunsepet : Mohon semua mendoakan beliau kembali sihat untuk berkhidmat... Ya Allah, Tuhan yang berkuasa menyembuhkan dan memberi penyakit, ku mohon kepada Mu sembuhkanlah penyakit saudara YB Mohd Anuar bin Sudin supaya ia dapat kembali berkhidmat untuk rakyat.. aaminn..

Cabutan Bertuah Versi Tak Ada Perasaan....

3 komen disini yer..

Firstly tq pada "Sifu Buffered Nuff" Lanun Chera yang wat cabutan ni. So, sekarang Lanun dah join n nak ajak korang jom join cabutan bertuah dari Blog Tak Ada Perasaan, mana tau anda bertuah, hadiah menarik menanti korang. Nak join? klik banner cabutan bertuah di atas. (tarikh tutup 2 Mei)

Lanunsepet : Chera, semoga dapat lar Lanun hadiah.. Lanun nak gak!! tak kire... he3

Perjuangan Bermula : BENE 4143 Automation Manufacturing In progress...

6 komen disini yer..
Salam...

Semua sihat? harap sentiasa dalam keadaan sihat. Hari nak bagi short update dari Lanun. Hari and semalam pas siap antar draft report PSM 2, Lanun dah start study kat fakulti FKEKK. Macam dengan team yang sama, nabil, mere, cw, azli, amin, amar, makley, lan. Memang banyak kena study, masa lak suntuk, tekanan pun makin memuncak, mujur ada sokongan dan doa dari dari insan yang mengambil berat. Hari ni sambung study lagi BENE 4143 Automation Manufacturing untuk paper 14hb nih. Hopefully arini lebih faham dan apa yang di study and spot kuar dalam exam InsyaAllah.. Ok, sekian. Doakan Lanun n kawan2..

Arini akan ku renung dan tenung kamu....

12 April 2010

Gambar Curi : Aksi Aksi Candid Yang Dirakam Lensa Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...

Tadi Lanun selongkar balik folder gambar yang Lanun transfer dari Hp Sony Ericson W890i. Macam macam gambar ada dalam folder tu. Nak delete pun sayang tau, gambar-gambar dari situasi, event dan aksi yang tak boleh nak ulang semula, hanya lensa kamera saja mampu merakamnya.. chewah.

Semester ni nak habis dah, pasni semua akan jadi kenangan, kenangan zaman stadi. Hari ni Lanun akan sharekan beberapa gambar candid yg Lanun amik secara curi-curi masa semester lepas. Buh sket dulu yang lain hari lain he3. Ok jom layan sama sama.

Gambar ni Lanun amik masa nak kena saman ngan safety guard utem, kes amik jalan shortcut lawan arus.. he3.. Nasib baik just kena warning jer. Nak cepat punya pasal.
Bawah ade lagi...

11 April 2010

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Kepada Semua Student UTEM... Semoga Berjaya... All the Best...

5 komen disini yer..
Salam...
Blog Lanunsepet mewakili Lanun, Coklat Ungu, Dan ChekZu mengucapkan selamat maju jaya kepada semua student UTEM yang bakal memulakan perjuangan dalam minggu peperiksaan akhir bermula esok. Semoga sentiasa berada dalam keadaan tenang dan bersedia menghadapi minggu yang mencabar ni. Lanun juga mendoakan semua sentiasa dalam keadaan sihat, dapat menjawab soalan dengan mudah, tenang, dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam semester kali ini. Ingat!! pastikan semester ini lebih baik dari semester dari yang sebelumnya. :-) Semoga Berjaya.. All the best.

Lanunsepet & Coklatungu : ChekZu, Lanun doakan mudah urusan, mudah paham apa yang study, dan dikurniakan ketenangan untuk menjawab soalan esok. InsyaAllah..

10 April 2010

Jadual Event PIKOM PC Fair 2010 Di Kawasan Anda...

0 komen disini yer..
NAK SURVEY PC HUJUNG TAHUN NI? PC EXPO OKTOBER-DISEMBER 2010 

Salam..
Nak tahu lagi pasal event lain bawah PIKOM? klik sini...[website pikom CMS]

Video Detik Cemas Wanita Dikejar Peragut Rantai Emas Mengejar Hingga Ke Rumah....

6 komen disini yer..

Video seorang wanita dikejar oleh peragut ganas dengan parang untuk meragut rantai emas dan gelang miliknya, beliau cuba lari memanjat pagar rumah tapi masih dikejar oleh peragut itu. Aksi ganas itu dirakan oleh sistem CCTV.


TURUTAN gambar menunjukkan Mary Rose Joseph, 63, melalui detik cemas apabila dikejar peragut. Mangsa kemudian nekad memanjat pagar rumah jirannya dan diikuti peragut bersenjata parang sehingga ke halaman rumah sebelum meragut rantai emas. sumber bharian online

Lawak Pagi Senaman Saraf Anda....he3

4 komen disini yer..
Boss berkataA kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya (skandal) : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (Boss pada secretary) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..
Lanunsepet : alih2, pusing2 tu jer... ha3
source : dillawrotewutt

09 April 2010

H1N1 kembali mengganas.... Jika Anda Rasa Tak Sihat, Pergilah Berjumpe Doktor...

0 komen disini yer..
Salam...
Ya Allah.. risaunya tengok seminggu dua ni ada jar berita pasal jangkitan H1N1. nampaknya, dah makin menular balik kat Malaysia ni. Gelombang ke 2 yang sebelum ini di beritakan telah pun menunjukkan kebenaranya. Lanun menyeru kepada semua pembaca supaya jaga kesihatan korang k. Beberapa nasihat dari  Lanun :
  1. Banyakkan berdoa mintak dijauhkan dari penyakit berjangkit.
  2. Jika korang rasa tak sihat, demam, selsema, suhu badan tinggi, sakit sakit badan, dapat kan rawatan segera sebelum terlambat. 
  3. Jauhkan diri anda dari orang yang kelihatan tak sihat.
  4. Pakai topeng muka jika pergi ke kawasan khalayak ramai.
  5. Banyakkan minum air.
  6. Makan makanan berkhasiat untuk kuatkan antibodi seperti buah buahan.
  7. Jaga adab kalau batuk atau bersin, dan gunakan sapu tangan.
Pesanan Khidmat Masyarakat Ini Di bawa Oleh Blog Lanunsepet

08 April 2010

Keputusan Permohonan kemasukan Ke Politeknik KPT Sesi Jun 2010...

4 komen disini yer..
Salam...Untuk makluman semua pemohon bagi kemasukan politeknik bagi sesi Jun 2010 keputusan permohonan akan diumumkan pada 8 Mei 2010. Sebulan dari sekarang. Sekian makluman dari office Lanun he3. Jangan lupa banyakkan berdoa semoga permohonan korang berjaya k.

Kepada semua yang memohon kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2010 ni Lanun nak bagitahu yang dah boleh buat semakan di website berikut :

*** NEW Semakan e rayuan Politeknik Jun 2010 : KLIK SINI 

Lanun Kini Di Makmal Elektronik 1 FKEKK UTeM Untuk Seminar PSM 2...

9 komen disini yer..
Lanun skrg ngah kat makmal elektronik 1 Fkekk Utem untuk buat presentation seminar PSM 2. Ada 8 orang student yang akan present hari ni termasuk Lanun pada giliran yang terakhir hu3. Hopefully semua end before afternoon break. Sekarang student semua ngah setup projek masing2, n just present kat meja masing2 saja. Panel hari ni Puan Muzdalifah dan Puan Zaiton yang nampak sporting.
Lanun tak setup per lg..he3 xpe,lambat lg giliran gua..

Apai - presenter pertama dgn projek remote control door

07 April 2010

Artis Belajar Buat Dadah Secara Online - Dah Pandai - Berniaga - Kantoi...

4 komen disini yer..
Salam..

Internet memang merupakan gerbang 1001 maklumat, nak dapatkan pelbagai maklumat semua boleh kite dapat kat internet. Dari yang baik sampai lah yang buruk dan keji. Teringat ilmuwan cakap Internet ni ibarat Pisau. Nape pisau? kalau kite guna cara yang betul maka berfaedah lah dia. Tapi, awas! kalu kiter salah guna die maka makanlah diri lah jawabnya, silap hari kite yang akan cedera.

Polis tunjuk peralatan dalam rampasan makmal rahsia Benjy.

Baru baru ni dalam Berita harian, Polis telah mendedahkan Pelakon, Benjy (Khaeryll Benjamin Ibrahim) ada makmal untsuk proses Dadah jenis SYABU. Menurut siasatan, dia belajar semua tu melalui internet. Artikel cara nak buat Dadah tu dijumpai Polis dalam pendrive Benjy yang mengandungi 11 artikel cara nak buat syabu dan ectasy.[berita penuh] Semoga Benjy di adili dengan adil tanpa memandang status artis yang dia ada.

Hebatkan internet nih? atas satu bukti "Pisau" dah disalah guna, akhirnya memakan diri. Banyak lagi perkara yang berfaedah dalam internet ni boleh kita ngadap dari kita mencari sesuatu yang tidak baik. Dulu kita risau remaja melepak buat jenayah, sekarang melepak di internet pun bahaya kan? Ok lah. Jumpe lagi dalam post akan datang.

Lanunsepet : resipi buat barang baik jom usyar : [KLIK SINI]

Cuci Mata Tengok Gambar Ni...

8 komen disini yer..
Salam...

Gambar tak bertarikh ni tak tau bila di ambik. Rasa respek bila lihat pemimpin macam ni kan. Tak semua boleh buat macam ni bila dah berpangkat, maklumlah ego dah kuasai diri. Hanya yang sedar diri dan tahu apa itu Amanah dalam jawatan. Jawatan bukan untuk angkat kita, tapi untuk kita abadikan diri menunaikan amanah yang ada pada jawatan tu mengikut cara yang betul. Siapa tak kenal dier, musuh politik beliau pun tak berani dengan dier woo.. Juara Rakyat Sebenar. Impian ku.. di pimpin oleh pemimpin yang bertaqwa...

zuhud... 

06 April 2010

Lanunsepet Menjemput Semua Untuk Link Exchange... Tambah Rating.. Tambah Trafik...

0 komen disini yer..
Salam...

Lanun harap semua sihat, dan terus sukses dalam ape jugak perkara korang buat. Lanun sekarang dah nak masuk minggu final dah. pas exam tamatlah zaman student Lanun. Buat masa ni tak da la nak sambung belajar dah. Kalu sambung pun, bila di suruh kementerian barulah Lanun akan amik master.
Ok, hari ni Lanun nak umumkan kat semua yang Lanun buat pages baru. Korang perasan tak link Tukar2Link kat menu tab atas tu? Lanun sediakan satu page untuk kita buat exchange link. Korang semua leh submit link korang kat Lanun melalui form yang ada kat situ. 

  1. Just  klik pada menu tab kat atas nun Tukar2Link
  2. isi form ringkas tu, 
  3. n then klik submit. Lanun akan masukkan secepat mungkin link yang korang dah submit tu.

Pada hemat Lanun, link exchange ni juga boleh tingkatkan rating blog korang secara tak lansung menaikkan trafik ranking kita dalam search engine. Ia juga di kenali sebagai back link if i not misktaken lar. So, Lanun alu-alu kan semua submit Link korang. Semoga ia jadi satu permulaan ikatan persahabatan antara kita.

Lagu Utem : UTeM TERBILANG Yang Best !!!

4 komen disini yer..
Salam...

Tak lama lagi Lanun akan tamat berguru di UTEM Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Satu-satu nya universiti IPTA yang menerapkan konsep hands on dan teknikal  kepada para pelajar. Student kat sini lebih terdedah kepada aplikasi dan praktikal dari pelajar universiti IPTA lain di Malaysia dan salah sorangnyer adalah Lanun sendiri. Bertuah rasanya menjadi sebahagian warga U lebih lebih lagi warga FKEKK fakulti pertama UTEM.

Bila dah nak habis ni, rasa sedih pulak nak tinggalkan U lanun ni. Banyak memori sepanjang belajar kat sini, ngan lecturer and kawan-kawan walaupun mungkin tak lari jauh pun dari Melaka. Pasni, Lanun bukanlah lagi jadi pelajar U ni lagi, tapi dah jadi produk UTEM yang bakal mengaplikasikan semua ilmu yang dah dipelajari serta bawa nama UTEM ke alam kerjaya.

Back to the title post kat atas nun, Lanun akan sharekan lagu rasmi UTEM TERBILANG(utem anthem) yang memang best. Tajuk post macam freshie baru masuk lak kan... he3. Tiba tiba petang tadi rasa nak wat post khas pasal lagu ni. Lagu dibuat oleh M Nasir, dan liriknya oleh SETH UteM. Lagu ni memang best, tengok la kan sape disebalik lagu tu. Ok, jom layan lagu UTEM TERBILANG.


Untuk Lirik Dan Download Lagu ni sila ikuti penuh artikel ni.

05 April 2010

YB Idham Lim Masuk Wad Positif Demam Denggi... Doakan Beliau Cepat Sembuh...

0 komen disini yer..

Saya sekarang berada di bilik 97 di Hospital Columbia Taiping kerana didapati positif demam denggi. Sejak kelmarin saya mula demam dan membatalkan perjalan ke Ipoh dan ceramah di manjoi.
Begitu juga hari ini saya semakin rasa tidak selesa dan badan rasa sakit-sakit. Lalu saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar. Apabila dilakukan pemeriksaan darah didapati positif denggi. Begitu juga anak kedua Khairul Anwar Lim juga didapati positif denggi dan kami ditempatkan dalam bilik yang sama di sini.
Saya tidak pasti berapa hari berada disini. Semuga saya cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.
Lanunsepet : Kami doakan YB Idham Lim (Adun Titi Serong) cepat sembuh dan boleh meneruskan perjuangan beliau..

Keputusan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

0 komen disini yer..
Salam...

Malam tadi berlansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, menyaksikan artis artis "pujaan" berebut kedudukan terpopular. Akhirnya malam tadi, Siti memenangi tempat artis paling popular ABPBH 2009.

Apa yang Lanun perhatikan Artis kita semakin "maju" dalam cara dressing dieorg. Kadang- kadang rasa pelik kenapa kiter perlu angkat seseorg sebegitu.

Rabbani telah menang artis nasyid popular bagi tahun 2009, tapi Ustaz Asri dah takda,n Lanun yakin Ustaz Asri tiadalah rugi sedikittt pun tidak dapat bersama dalam majlis itu, sebab anugerah takdalah apa sangat kan. lagipun rasa pelik bila artis nasyid bersama sama dengan artis lain yang berbeza penampilan. Apepun, yang penting perjuangan Ustaz Asri menyampaikan mesej dakwah tu sampai kepada pendengar. Alfatihah untuk Ustaz Asri...

Lanun tengok sekejap jer sambil makan malam kat aisya nasi kandar (lagii..), pas tu Lanun balik untuk sambung kerja. Hari ni ada test mr.sadiqin untuk test industry automation. Report pun banyak kena submit juga pada hari ni, n pada malamnyer pulak ade presentation dialog lakonan Bahasa Mandarin.

04 April 2010

Lanunsepet In Inotek 2010 (Innovation & Technology Competition Fkekk UTEM)

13 komen disini yer..
Salam...

Jom ikuti photoshoot yang Lanun amik masa INNOVATION & TECHNOLOGY COMPETITION INOTEK 2010 Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer 2010 baru baru ni. Gambar ni Lanun tangkap masa kat dalam Lab ECADD and sekitar foyer. Actually Inotek berlansung di beberapa kawasan fakulti, tapi tak sempat nak pusing semua sebab sibuk tunggu projek sendiri.

Jom tengok gambar-gambar aksi pada inotek 2010 dibawah.... [..]

Perkembangan Isu Hukuman Model Minum Arak : Kartika Kini Jalani Khidmat Masyarakat...

0 komen disini yer..
Seperti yang kita tahu Kartika Sari Dewi Shukarnor sekarang menjalani hukuman khidmat masyarakat kat Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah Kuantan [video]. Mendengar titah duli Sultan Pahang Lanun seperti kurang setuju dengan titah tuanku. Bukan derhaka, tapi sekadar pendapat bagi diri yang kurang ilmu ini. Hukuman sebat yang dikenakan amatlah ringan dan mempunyai falsafah yang dalam dan memberi kesan yang positif, tapi kenapa perlu ditukar ke khidmat masyarakat?

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pun turut kurang bersetuju dengan penukaran hukuman tersebut. Ikuti berita penuh mengenai pendirian PPMM dalam isu kartika ini [PPMM bantah] Lanun menyeru semua membaca berita ni sebab mmg penting, kerana melibatkan hukuman Hudud yang ramai dah salah paham.

kartika di kuantan 
TG Hadi Awang :
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

03 April 2010

Chelsea Menjatuhkan Manchester United.... 2 -1

0 komen disini yer..
MANCHESTER, England: Chelsea menjatuhkan Manchester United dengan 2-1 di Old Trafford dalam perlawanan tadi untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata. Masa makan malam tadi, Lanun n kawan2 sempat ikuti game, n meraikan kemenangan Chelsea di Aisyah TTU Nasi Kandar siyyepp... he3.. sabo2 la peminat MU yer..

ni la bakal manager MU pas ni... siyyep..

Geram : Ini Tidak Adil....Kera di hutan disusukan...

0 komen disini yer..
Salam..

Kecoh dengan pengumuman projek empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.

Projek2 ni di umumkan sebab akan diadakan pilihanraya di Parlimen Hulu Selangor kerana kembali nya penyandangnya ke rahmatullah. PRK ditetapkan 25 April, manakala penamaan calon pula ialah pada 17 April.

BN cuba nak main mainkan rakyat hulu selangor dan rakyat Malaysia, dan berlaku tidak adil. Bila ada pilihanraya baru nak bagi projek. bayangkanlah 4 sekolah baru tu.. umum sekali gus !! hebat betul dana dieorg, padahal banyak lagi sekolah yang daif dalam malaysia ni, tapi nak bagi dana tu punya la lambat. Ni boleh lak cepat? Tak adil!!! Lanun geram betul dengan tindakan macam ni.

Tiba-tiba semalam bernama melaporkan keadaan daif kat Parlimen Baram (BN). cikgu terpaksa tidur dibawah kelas, rumah yang nak runtuh, sempit kat sana. Bukan baru tapi dah 3 tahun tu, kenapa dana tak sampai kat dieorg yang lebih memerlukan ni. Tak adil!!!

Petikan Bharian : Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin, Edward Ngullie Anggun, berkata sekolah itu yang dibina awal 1980-an hanya mempunyai empat unit kediaman guru termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka.
Helleh Lihan, 29, guru kelas peralihan di sekolah terbabit berkata, dia dan suaminya, Fanuel Gerawal Edom, 26, terpaksa tinggal dalam sebuah bilik yang sempit di bawah bilik darjah sejak tiga tahun lalu.
Katanya, walaupun begitu mereka tetap bersyukur kerana mempunyai tempat untuk tinggal dan ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak orang Penan di kawasan Ulu Baram.
Seorang lagi guru di sekolah itu, Benjamin Lenjan, 45, berkata dia kini terpaksa tinggal dalam sebuah rumah guru yang hanya menunggu masa untuk runtuh.
Berita penuh : guru daif... kera di hutan disusukan... [KLIK SINI ]

Bukti : Perkembangan Kita Di Alam Rahim.... Kebesaran Allah SWT...

6 komen disini yer..


Hebat..Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah.. Sesungguhnya kitalah sebaik baik kejadian yang Allah ciptakan tiada lain melainkan untuk tunduk pada Nya. Dengan kehebatan kejadian yang Allah atur untuk kita..jangalah sombong, jangalah angkuh... rendahkan lah ego mu wahai manusia.. kita lemah... kita hamba... Dia berkuasa atas segalanya... 

Takjub sungguh Lanun tgk video ni.. macam ni lah perkembangan kita dalam perut ibu. Satu persatu tumbesaran, dari segumpal darah sehinggalah menjadi tubuh lengkap sempurna yang bila dewasanya mudah jadi sombong dan angkuh pada Pencipta serta ibu bapa... Fikirkanlah... Nikmat yang diberi sudahkan kita tunaikan hak Nya? Kesempurnaan yang ada pada kita..adakah digunakan sebaiknya? Kesusahan ibu melahirkan adakah terbalas? Keperitan ayah mencari nafkah sudahkah dibayar?

Lanunsepet : thanx to coklatungu 4 sharing this video.. :-)

02 April 2010

14 : Terlalu Lama....

0 komen disini yer..
1. Terlalu LAMA BERDIRI
Merosakkan tulang.Urat- urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu LAMA DUDUK
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur.

3.Terlalu LAMA MELIHAT
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.

4.Terlalu BANYAK TIDUR
Merosakkan tenaga. Menjadipemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

Alfatihah : Din Beramboi Kembali Ke Rahmatullah....

1 komen disini yer..
Din Beramboi yang sebelum ini dilaporkan menghidap koma kerana Denggi Berdarah telah pun meninggal dunia pada jam 12.30am tadi . Laporan yang mengatakan beliau dijangkiti virus kencing tikus adalah tidak benar. tapi sebaliknye dier kene Denggi Berdarah. Berita pemergian Din, Lanun dapat dari facebook fan Afdlin Shauki. Alfatihah...


01 April 2010

My 1st Award, Interesting Blog Award Dari Nurizspace... Ni lar 1st time Lanun dapat...he3

3 komen disini yer..
Salam...

Pagi tadi Lanun dpt mesej kat chatbox "AWARD for u" dari (Nurizspace) [nurizspace.blogspot.com]. terharu giler, ni la 1st time dapat award dari blogger yang lain. Award tu tulis interesting blog award, kirenyer Lanun nyer blog ni interesting la kan macam drama Na O Mei yang tengah hangat sekarang he3.. banggo eden.. (perasan jer lebih...)

Papepun thanx a lot!! to Nurizspace n Cherulhusna. Semoga persahabatan dalam dunia blog ni terus kekal, walau pun tak kenal muka, n jangan lupa selalu selalu ler singgah kasi Up trafik Lanun n support mysponsor Nuffnang Ads..orait. So sebagai tanda penghargaan Lanun akan bookmark nurizspace n cherulhusna kat Google Chrome supaya Lanun leh selalu singgah. (hanya yang bertuah jer masuk bookmark list Lanun ni)

award dari Nurizspace

keesokannya dapat yang kedua dari Cherulhusna... tq so much my fwenn...

award dari Cherulhusna.. im beautiful ek...he3