02 February 2010

Panduan Memilih Kursus Sebelum Memohon Melanjutkan Pelajaran..

Salam...

Hari ini merupakan hari pertama permohonan UPU online. Pastinya ramai ngah dok fikir nak apply kursus ape, nak apply universiti atau kolej mana. Mungkin ada yang pening, runsing, konpius nak pilih kursus yang paling terbaik demi nak jamin masa hadapan. Bukan jar pelajar je runsing tapi ibu bapa pun pening fikir. Ada sesetengah tu tak kawal anak dieorg nak amik kursus ape, tapi tak kurang jugak yang mak ayah yang pilih kursus dieorg.

Kat sini Lanun cuba serta secara ringkas panduan / tips / kaedah untuk memilih kursus sebelum memohon melanjutkan pelajaran atau sebelum mengisi borang UPU. Walaupun ringkas dan umu tapi harap bagi idea pada korang dan mungkin anak-anak / adik-adik korang .

Panduan memilih kursus adalah seperti berikut :


SECARA UMUM:
  1. Kenali KELAYAKAN Anda & Analisa setiap syarat kelayakan minimum supaya kita tak rugi apply sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
  2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Business? Sastera? Sains? Teknikal?
  3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DGN DIRI ANDA, sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga.
  4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan bincangkan dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang bernas.
  5. Jangan ambil kursus yang anda TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar.
  6. KENALI KEMAMPUAN anda, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan.
  7. Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH.. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup anda.

 FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:

  1.  Pencapaian akademik  pelajar
  2. Cita-cita! (Kerjaya)
  3. Minat!
  4. Keinginan Ibu bapa!
  5. Pengaruh Rakan Sebaya!
  6. Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
  1. Tentukan aliran anda;
  2. Pastikan syarat minimum  mencukupi;
  3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan;
  4. Pilihan program pengajian diperluaskan; dan
  5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan.
PANDUAN MEMILIH IPTS: 

  1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
  2. Kemudahan fizikal.
  3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
  4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
  5. Bantuan Kewangan.
  6. Tanya rakan-rakan yang penah belajar di situ.
  7. Kemudahan penginapan.
Lanunsepet : Lanun doakan semua calon pelajar ibu bapa dapat memilih kursus yang baik dan sesuai, kita belajar ni sekejap jar, tapi kerja lagi lama dari belajar, jadi apa yang kita pilih efek masa depan hidup kita.. Walaupun ringkas dan umum harap dpt bantu korang..Kalau buntu istikharah lah k.. :-)

* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

Anonymous said...

den tgh konfius.. lps result stp da kuar den x tau nk msk mne. thanks for the information