29 January 2010

E- Voting ?? Keputusan PR Kampus 2010 Pro A Menang di 3 Kampus Utama..

Sumber : Malaysia kini
 
Ini merupakan keputusan pilihanraya kampus 2010 yang Lanun kumpulkan dari web malaysia kini. PRK kali ini kecoh dengan bantahan undian e voting yang mudah terdedah kepada penyelewengan. Berbalik pada keputusan PRK, Kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) menang lagi di tiga kampus utama dalam pilihan raya kampus universiti masing-masing semalam.

UKM : pro-A memenangi 19 kerusi berbanding pro-M yang mendapat 15 kerusi. Bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.. Pro M membantah keputusan kerana ada penyelewengan. 2 dicekup dalam perhimpunan bantahan [berita_lanjut]

UTM : pro-A memenangi 28 kerusi manakala pro-M mendapat 18 kerusi. Bebas mendapat 5 kerusi. Keseluruhannya 51 kerusi dipertandingkan.

USM : pro-A menang besar. Di kampus utamanya di Pulau Pinang, kumpulan tersebut menang bergaya dengan 31 kerusi. Bebas berjaya mendapat 2 kerusi. Pro-M pula gagal mendapat sebarang kerusi.

UPM : pro-A memperolehi 37 kerusi berbanding pro-M sebanyak 11 kerusi, tapi tinggal 4 sahaja kerana 7 calon ProM dibatalkan kemenangan kerana berkempen di facebook.. [berita_lanjut]

UIA : Dikuasai pro-M - kumpulan itu mempertahankan kemenangan dengan memperolehi 15 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

UMT : Di pusat pengajian tersebut, pro-M menang 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A hanya mendapat 1 kerusi sahaja.

UM : pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M. Kini berlaku demonstrasi pelajar di kampus UM [berita_lanjut]

****Update 6.00pm keputusan PRK UM Digantung.. siasatan dijalankan.. [berita_lanjut]


* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: