28 September 2009

Parti Org2 Meluat Dengan MIC : "Parti Makkal Sakti"

Salam...

Pada 10 Oktober ini DS Najib akan merasmikan satu parti baru yang dikenali sebagai Parti Makkal Sakhti. Parti ini akan menjadi salah satu daripada komponen BN..sebagai memikat hati orang india yang tak mahu pada MIC, supaya kembali kepada BN. Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lepas, diterajui oleh bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R.S Thanenthiran.



Ia pastinya menjadi alternatif kepada kaum india yang dah meluat dengan MIC yang sememangnya tak boleh buat kerja dan tak mampu lg berbakti pada kaum India. Parti ni jugak dikatakan mempunyai 50 000 ahli dan terdiri daripada anggota n bekas2 pemimpin MIC.

Maksudnya, ahli2 parti makkalsakti ni adalah ahli2 yang tak puas hati dan tak percaya dah dengan MIC , n pastinyer meluat dengan sammy vellu...

Apa kata Dr M pasal Sammy Vellu:

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugastugas sebagai Presiden parti, Dr Mahathir berkata tempoh itu tidak mencukupi.

"Ia patut dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup. "Dia tidak boleh...dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci," katanya.

Lanun rasa.. akan berlaku pertembungan antara dua parti ni...


* Back To Halaman Utama *
Blog Widget by LinkWithin

2 komen disini yer..:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

lps nih makin byk la tuntutan dari kaum itu.... jadi nye kerana nak memenangi hati kaum itu... DS Najib ikut je la... jangan sampai kg tergadai udah la.....

LaNuNsepet said...

tuntutan tu biasa lar, tapi kalu samapi tak respect kaum lain tu yg lanun tak setuju..