26 July 2009

Kecoh : Rumah Mawi Dirompak

KULAIJAYA 25 Julai – Dua daripada empat perompak warga Indonesia mati ditembak sejurus selepas mereka merompak rumah kepada ibu penyanyi terkenal, Asmawi Ani, 28, atau lebih dikenali Mawi di Felda Taib Andak di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi sebelum dua daripada suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja ditembak mati di Ladang Fraser di sini pada pukul 12 tengah hari.

Dua penjenayah tersebut dikenali sebagai Marwa, 30, dari Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang yang juga sering keluar masuk ke negara ini.
• Ahli keluarga lain selamat.
• Emak Mawi dicekik
• Emak Mawi Cedera di jari kiri terkena parang perompak
• perompak itu melarikan masing-masing dua utas rantai dan gelang emas, beg tangan berisi wang tunai RM200, sebuah jam tangan dan tiga telefon bimbit.
Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: