30 July 2009

Info Kesihatan: Sayangi Hidung Anda

Assalamualaikum n salam sejahtera buat all peminat LaNuN SePeT (*_^)..
kali ni..beta Ada nak kongsi dengan korang pasal hidung yang beta pasti semua orang milikinya.. ...Saja nak sampaikan sikit tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu. Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sedikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air. Dan hidung pulak akan berkembang megah bila dipuji.. ye dak..?. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis.. kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan? Masa yang paling sesuai ataupun senang crita.."faveret" la untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya. Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita macam-macam dia bikin. Oleh itu bersihkanlah.

Cara nak bersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal daa) Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan le banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga.(ini bergantung kpd amalan masing-masing)

Coklat Ungu: Walaupun rropamu tidak kukenall.., tatapi lobang hidungmu tetap menjadi poojaan hatiku..!

Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: